Monday, October 8, 2012

REDFLAG JITRA MENAWAN BUKIT BENDERA

Salam kepada semua rakan-rakan. Pada hari Sabtu yang lepas seramai 7 ahli kelab telah membuat kayuhan bermula dari Kebun Bunga ke Puncak Peranginan Bukit Bendera , Pulau Pinang. Kami bertolak dari Jitra pada pukul 5.30 pagi dan berkumpul dengan ahli kelab yang telah pergi lebih awal di tempat letak kereta Kebun Bunga pada pukul 8.00 pagi.

Setelah melakukan warm-up kami memul;akan kayuhan dari kaki Bukit Bendera ke puncak. Permulaan pun sudah mencabar minda kami. Kilometer pertama merupakan laluan yang paling mencabar minda kami.Walau bagaimana pun kami berjaya juga sampai di puncak dan pekena ABC Bukit Bendera, LEGAAAAA. Hujan telah turun dengan lebatnya semasa kami menjamu selera.

Setelah hujan berhenti, kami memulakan fasa ke 2 kayuhan iaitu turun dari puncak mengikut laluan off-road. Laluan yang mencabar dan mencabar skill serta keberanian kami. Kami semua ingatkan hanya perlu turun sahaja rupanya kami perlu juga untuk mendaki di laluan denai yang penuh dengan cabaran. Laluan yang kecil dan lincin (selepas hujan) membuatkan kami lebih berhati-hati.

Akhirnya kami selamat tiba di tempat letak kereta Empangan Air Hitam dan kembali kayuh ke Kebun Bunga. Semuanya dalam keadaan selamt, alhamdulillah. Insyaallah jika ada kelapangan kami akan datang lagi kerana masih banyak laluan yang belum kami terokai. Cuma satu pesanan dari kami bila sudah sampai di atas pastikan makan tengahari cukup-cukup untuk memastikan tenaga yang mencukupi untuk memulakan fasa off-road.

Kepada rakan-rakan dari Penag kami ucapakan terima kasih banyak kerana sudi menemani kami. Jumap lagi di lain masa.
















Monday, September 10, 2012

Pagi nie Selasa 11 Sep 2012, Saya bersama Bang Ya, Bang Mehat dan Din Oren telah mengembara merentasi CP 3 untuk kesekian kalinya. Ini merupakan kali pertama saya menggunakan buah hati baru saya memanjat CP 3. Walaupun memenatkan tapi puas, itu lah yang dapat saya katakan. Bang Ya seperti biasa engin turbonya mula menganas bila memulakan pendakian di CP 2. Peh memang laju orang tua ni hehehehe. Din Oren tak usah cakap la, asyik terlepas ke depan ja hehehe. Bang Mehat menunggu yang lemah seperti biasa , Tq bro kalau tak tunggu jenuhhhhh hehehehehe. Saya macam biasa le, tolak bahagian mana yang patut hehehehehe. Bab turun yang best tuuuuu..Mencecet brek tadi hehehehehe.

Ok bagi mereka-mereka yang berminat untuk join kita orang kayuh esok pagi macam biasa depan kedai Kak Ani jam 8.00 pagi. Byeeeee...


EKSPIDISI KAYUHAN LASAK MELAKA - JITRA 2012

Untuk makluman semua satu ekspidisi kayuhan lasak bermula dari Bandar Melaka dan balik  ke Jitra akan diadakan pada bulan Nov. 2012 ni. Bagi sesiapa yang berminat boleh la SMS atau call saya. Yang dah pasti nak join :-

1. Bang Ya
2. Mehat
3. Helmy
4. Ming

Tarikh akan dimaklumkan kemudian. Yang pasti ia akan diadakan pada bulan November ni.

GAMBAR-GAMBAR REDFLAG JITRA

 SEMASA TRIP KE HANYAI - SONGKLA

 SEMASA TRIP KE LANGKAWI

 tRIP LANGKAWI BERSAMA2 KAWAN2 DR LANGKAWI

TRIP LANGKAWI DGN KAWAN2 RC HELI

Sunday, September 9, 2012

PEMBUKAAN BLOG REDFLAG JITRA CLUB BARU

Assalanualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan. Bolg ini di buka bagi memudahkan pemberitahuan maklumat-maklumat terkini serta pengetahuan dan perkembangan semasa mengenai aktiviti kelab. Di harap dengan pembuakaan blog ini dapat memudahkan segala aktiviti dan berita-berita kelab untuk di wawarkan. Saya mewakili AJK-AJK dan AHLI Kelab Redflag Jitra mengucapkan selamat datang kepada semua rakan-rakan yang meminati hobi berbasikal ini.