Monday, October 8, 2012

REDFLAG JITRA MENAWAN BUKIT BENDERA

Salam kepada semua rakan-rakan. Pada hari Sabtu yang lepas seramai 7 ahli kelab telah membuat kayuhan bermula dari Kebun Bunga ke Puncak Peranginan Bukit Bendera , Pulau Pinang. Kami bertolak dari Jitra pada pukul 5.30 pagi dan berkumpul dengan ahli kelab yang telah pergi lebih awal di tempat letak kereta Kebun Bunga pada pukul 8.00 pagi.

Setelah melakukan warm-up kami memul;akan kayuhan dari kaki Bukit Bendera ke puncak. Permulaan pun sudah mencabar minda kami. Kilometer pertama merupakan laluan yang paling mencabar minda kami.Walau bagaimana pun kami berjaya juga sampai di puncak dan pekena ABC Bukit Bendera, LEGAAAAA. Hujan telah turun dengan lebatnya semasa kami menjamu selera.

Setelah hujan berhenti, kami memulakan fasa ke 2 kayuhan iaitu turun dari puncak mengikut laluan off-road. Laluan yang mencabar dan mencabar skill serta keberanian kami. Kami semua ingatkan hanya perlu turun sahaja rupanya kami perlu juga untuk mendaki di laluan denai yang penuh dengan cabaran. Laluan yang kecil dan lincin (selepas hujan) membuatkan kami lebih berhati-hati.

Akhirnya kami selamat tiba di tempat letak kereta Empangan Air Hitam dan kembali kayuh ke Kebun Bunga. Semuanya dalam keadaan selamt, alhamdulillah. Insyaallah jika ada kelapangan kami akan datang lagi kerana masih banyak laluan yang belum kami terokai. Cuma satu pesanan dari kami bila sudah sampai di atas pastikan makan tengahari cukup-cukup untuk memastikan tenaga yang mencukupi untuk memulakan fasa off-road.

Kepada rakan-rakan dari Penag kami ucapakan terima kasih banyak kerana sudi menemani kami. Jumap lagi di lain masa.
















No comments:

Post a Comment